Making Family

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Making Family
메이킹 패밀리
PengarahJo Jin-Mo
DibintangiKim Ha-Neul
Aarif Rahman
Mason Moon
Disunting olehSteve M. Choe
Muzik olehMowg & Lee Eun-joo
Tarikh tayangan
4 November 2016 (China)
Masa tayangan
100 minit
NegaraChina
Korea Selatan
BahasaKorea

Making Family adalah sebuah filem drama bergenre kekeluargaan hasil kolabrasi antara negara China dan Korea Selatan pada tahun 2016 yang diarahkan oleh Jo Jin-Mo dan dibintangi oleh Kim Ha-Neul, Mason Moon dan Aarif Rahman. Filem ini memulakan pengambaran pada tahun 2014 dan mula diterbitkan di Korea Selatan pada tahun 2016.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Go Mi-Yeon, seorang yang cantik bekerja sebagai seorang wartawan di Seoul, Korea Selatan. Dahulu dia tinggal di Amerika Syarikat bersama-sama dengan teman lelakinya yang telah meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya. Pada ketika itu, dia sedang hamil. Tidak lama kemudian, dia mengalami keguguran. Akibat sendirian di sana, dia tiba-tiba merasakan keperluan untuk mempunyai bayi lagi, yang dapat dia cintai sepenuhnya.

Zhao Liyan pada masa itu berada di Amerika dan belajar dalam bidang seni halus. Dia mempunyai seorang sahabat baik dari Korea Selatan yang telah dijanjikan dengan wang tunai kerana terlibat dengan satu pertandingan duit sesama mahasiswa dengan mendermakan sperma di sebuah hospital di sana. Malangnya, semasa temu janji di klinik, rakannya mengalami mabuk akibat terlalu banyak meminum arak sehingga dia meminta bantuan Zhao Liyan untuk berpura-pura seperti dirinya dan melakukan perniagaan menderma sperma. Zhao Liyan tidak akan setuju pada awalnya tetapi pada akhirnya, dia kasihan kepada rakannya.

10 tahun kemudian...

Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang bernama Go Tae-Bong duduk di hadapan doktor pakar sakit puan yang juga menguruskan ibunya suatu masa dahulu lalu menanyakan semua soalan mengenai bagaimana dia mengandung dan siapa ayahnya.

Walaupun diberitahu kepadanya bahawa ayahnya hanyalah penderma tanpa nama, anak lelaki itu terus bertanya kepada doktor, yang telah jatuh cinta dengan Mi-Yeon, doktor tersebut telah mendedahkan tempat tinggal penderma tersebut. Oleh kerana itu, Tae Bong mengalihkan perhatian doktor dan lalu memasukkan alat penggodamnya ke komputer doktor dan terus memindahkan data sulit tersebut ke komputer peribadinya secara jarak jauh. Tae-Bong pergi ke sebuah apartmen dan menemui penderma itu, tetapi dia secara naluri tahu bahawa dia bukan ayahnya. Dia memberikan pula alamat Liyan kepada Tae-Bong. Sedangkan, Liyan tinggal di negara China. Tae Bong segera mengemas begnya dan siap dengan pasportnya. Dia pergi ke lapangan terbang dengan menaiki pesawat terus ke negara China.

Keesokkan harinya, doktor menelefon Mi Yeon mengenai Tae-Bong dan ketika dia datang ke klinik, penderma juga ada disisi doktor. Lelaki itu menjelaskan bahawa Tae-Bong datang menemuinya pada malam hari untuk bertanyakan dengan penderma sperma tersebut. Bagaimanapun, Mi-Yeon segera mengetahui bahawa anaknya yang sudah dewasa sebelum ini telah melakukan sesuatu di luar jangkaan. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia melihat nota kecil Tae-Bong yang dia akan negara China. Mi-Yeon pula segera ke sana.

Sementara itu, Tae-Bong berjaya menemui rumah apartmen milik Liyan dan terus menyapanya dengan gelaran ayah. Liyan yang terkejut tidak mempedulikannya. Akibat kepenatan, Tae-Bong telah tertidur di beranda rumah tersebut. Keesokkan pagi, dia tersedar bahawa Liyan telah meninggalkannya dengan menunggang sebuah motosikal. Dengan itu, Tae-Bong terus mengejar sehingga Liyan mengalami kemalangan jalan raya dan cedera di tangan kanan. Selesai urusan perawatan, Liyan membawa Tae-Bong ke balai polis untuk melaporkan aduan kanak-kanak tersesat. Pihak polis kehairanan kerana Tae-Bong seorang warganegara Korea Selatan dan bagaimana dia boleh sampai ke China untuk mencari ayahnya sedangkan Liyan merupakan warganegara China. Disebabkan itu, Tae-Bong di tahan sementara waktu dan akan di bawa pulang ke Seoul dalam masa terdekat.

Mi-Yeon pula tiba di hotel seperti alamat diberi, dan terus mencari anaknya dengan penuh kekecohan dan sempat menjerit nama Zhao Liyan sebagai ayahnya. Jeritan tersebut telah didengari oleh ayah Liyan. Mi-Yeon menjelaskan situasi sebenarnya. Berita tersebut sampai ke pengetahuan nenek Liyan yang dia mempunyai seorang cucu lelaki.

Neneknya segera ke rumah Liyan untuk mendapatkan kepastian sebenar. Dalam masa yang sama, Liyan dan Mi-Yeon telah pergi ke balai polis untuk membebaskan Tae-Bong yang berada di dalam jagaan polis. Tae-Bong pula berjaya melarikan diri dari balai polis dan terus ke rumah Liyan. Di situ, dia berkenalan dengan nenek Liyan. Nenek Liyan begitu tertarik dengan kehadiran Tae-Bong. Mi-Yeon berjanji untuk pulang semula ke Seoul keesokkan harinya. Namun begitu, ke semua tiket penerbangan ke Seoul telah habis terjual dan perlu tunggu selama 3 hari untuk pulang ke sana. Ini adalah muslihat neneknya untuk mengenali dengan lebih lama keperibadian Mi-Yeon dan Tae-Bong. Disebabkan kejadian tersebut, neneknya mengajak mereka berdua untuk bersama-sama pergi ke percutian keluarga di kampung halamannya. Pada mulanya, Mi-Yeon menolak tetapi dengan nasihat nenek, inilah masanya yang sesuai untuk merapatkan hubungan antara anak dengan ayahnya. Ayah Liyan tetap tidak menyukai akan kehadiran Mi-Yeon dan Tae-Bong untuk bersama-sama di dalam percutian keluarga ini. Pelbagai peristiwa manis berlaku sepanjang berada di sana. Suatu hari, neneknya jatuh pengsan dan kesihatannya merosot akibat kepenatan sehingga dimasukkan ke hospital.

Di kesempatan itulah, ayah Liyan mendesak agar Mi-Yeon dan Tae-Bong pulang semula ke Seoul secepat mungkin. Mereka hanya menurutkannya sahaja dan memulakan kehidupan seperti biasa semula. Sementara itu, kes penciplakan idea seni yang telah difitnah oleh pesaing Liyan telah didengari di peringkat mahkamah sehingga membersihkan namanya dalam kontroversi tersebut.

Di suatu pagi, semasa persembahan koir Tae-Bong, secara tiba-tiba Liyan hadir untuk menemani Mi-Yeon dan mereka bakal meneruskan kehidupan baharu bersama-sama.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]